Pages

Saturday 20 August 2011

Ziarah Mahabbah Masyarakat Penan

"Dari kiri : Hj Abdullah Ghani, Ust Mohd Al-Amin, Hj Bahari Muslim, Ust Azman, Murid-murid tahfiz, Saudara Afnan Aminuddin"

Pada 16 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H BAKIP SKO mengadakan satu rombogan ziarah ke Kg Suai bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Surau Darul Hijrah. Surau ini juga merupakan institusi tahfiz yang satu-satunya di kawasan ini yang mewakili masyarakat muslim Penan.

Sumbangan sebanyak RM5000 telah disampaikan oleh En Bahari Muslim, Bendahari BAKIP SKO mewakili Pengerusi BAKIP SKO Hj Mohamed Amin Abdullah yang merupakan Ketua Operasi PETRONAS Carigali Operasi Sarawak.

Sumbangan ini hasil kutipan tabung saham akhirat yang disumbangkan oleh kakitangan Islam PETRONAS Carigali Operasi Sarawak.

Sedikit latarbelakang Surau ini, mereka merupakan golongan minoriti Islam di sini yang dihalau keluar daripada kampung asal mereka demi mempertahankan akidah apabila berlaku pertembungan agama dan adat jahiliyyah asal masyarkat Penan di mana mereka melakukan tradisi penyembelihan khinzir di bawah rumah apabila berlaku kematian walaupun yang meninggal adalah muslim.

Apabila dibantah oleh masyarakat Penan Muslim maka berlakukah perbalahan yang akhirnya mereka dihalau keluar daripada kampung halaman mereka sendiri. Ketegangan ini berlarutan sehinggalah sekarang.

Dengan semangat Islam yang kuat, masyarakat Islam Penan berhijrah keluar dari kampung mereka demi mempertahankan akidah Islam dan akhirnya mereka menubuhkan Surau Darul Hijrah yang menjadi tempat pendidikan dan ibadah kepada mereka.

 "Sebelum majlis berbuka puasa bersama adik-adik tahfiz dan jemaah masjid. Jazakumullahu khairal jazak kerana menyediakan jamuan yang enak"

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang berhasrat untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Surau Darul Hijrah dan Maahad Tahfiz ini boleh melalui akaun berikut;

No akaun : 11030001142718 Bank Muamalat atas nama Maahad Tahfiz Batu Telingai.